Dari segi upacara perkahwinan orang cina Kelantan, ia adalah lebih kurang sama dengan orang cina luar Kelantan dimana akan melakukan pertunangan dan majlis perkahwinan samaada di rumah, dewan, atau restaurant.
- Bertunang
Hantaran dan mas kahwin lazimnya diberi semasa upacara bertukar cincin perkahwinan atau pada hari lain seperti hari istiadat perkahwinan yang diadakan di Pejabat Pendaftaran Perkahwinan. Di antara hantarannya ialah sebentuk cincin emas, sepersalinan pakaian, kain dan wang tunai. Sekiranya pihak lelaki tidak menyediakan barang hantaran yang cukup kepada pengantin perempuan, sejumlah besar wang tunai akan diberi. Beserta dengan penghantaran mas kahwin, keluarga pengantin perempuan diberitahu tarikh perkahwinan dan rundingan akan dibuat dengan pengantin perempuan. Dalam masyarakat Cina, semakin besar mas kahwin yang diberikan, semakin tinggi martabat dan kedudukan pihak lelaki.
- Majlis Perkahwinan
Dalam masyarakat Cina juga, upacara meminum teh sangat penting dan masih diamalkan. Ia merupakan tradisi masyarakat Cina yang mempunyai maksud yang tersendiri. Adat ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutamanya si isteri dalam keluarga si suami di samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dalam upacara ini pasangan pengantin akan memberi teh yang disediakan kepada saudara mara pihak lelaki. Walau bagaimanapun adat bersanding dan upacara minum teh ini sudah kurang diamalkan oleh masyarakat Cina hari ini. Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam iaitu jamuan makan. Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran samada di rumah, dewan, atau restoran. Tetamu-tetamu yang datang akan membawa ang-pau sebagai hadiah kepada pasangan pengantin.
Namun, bagi orang cina kelantan,terutama di kampung, mereka lebih suka untuk membuat upacara pernikahan di rumah sendiri berbanding dengan buat di restaurant. Bagi mereka, suasana yang meriah adalah penting dan ia membolehkan mengeratkan hubungan dengan saudara. Biasanya orang cina kampung suka untuk memasak sendiri lauk-pauk yang digunakan untuk membelanja makan berbanding dengan mengupah katering. Pada hari pernikahan tersebut, orang-orang kampung akan kunjung ke rumah pengantin tersebut dan tolong memasak sebagai tanda terima kasih ( orang kampung akan saling tolong--menolong ketika mengadakan upacara), kerjasama dan taniah kepada pengantin.