Pengenalan
Pernah seorang warga Melayu Kelantan mengatakan bahawa "Di Kelantan, kami diajar untuk hanya menjadi satu bangsa sahaja iaitu 'orang Kelantan'. Kami tidak pernah dididik walau seinci pun membenci, memandang rendah, menghina saudara lain walaupun berbeza agama mahupun bangsa. Di samping itu, kami tidak digelar orang Melayu, orang Cina, Orang Siam mahupun orang India. Kami hanya menggelarkan diri kami 'Ore Kelate'." Pada pandangan orang cina Kelantan, apa yang dikatakan adalah benar, dimana orang cina kelantan menganggap semua orang adalah sama, kurang berlakunya diskrimasi antara kaum di Kelantan terutama bagi kaum cina kelantan yang berasal dari kampung. Biasanya di sesebuah kampung tersebut, orang cina dan melayu akan saling tolong-menolong, berkongsi makanan seperti kerepek, buah-buahan, dan saling memberi makanan atau kuih ketika raya. Orang cina di kelantan dikatakan agak berbeza dengan orang cina luar kelantan terutama dari segi bahasa, gaya hidup dan lain-lain lagi.

Gaya Hidup Cina Kelantan
- Orang Cina di Kelantan telah diasimilasikan, nama-nama yang digunakan seperti Gan Awang, Tan Awang Besar, Lau Cheng San atau Che Hassan, Che Midah, Mek Su dan nama-nama lain.
- Gaya hidup Cina Kelantan dipengaruhi oleh gaya hidup Melayu terutama dari segi pakaian dan juga makanan.
Bahasa Cina Kelantan
- Cina di Kelantan bercakap dialek Thai- Melayu yang agak sempurna. Namun, bukan semua Cina di Kelantan bercakap dialek Thai-Melayu, berdasarkan apa yang dapat diperhatikan, orang cina yang biasa duduk di kawasan kampung sangat fasih dalam bahasa ini.
- Bagi orang cina yang duduk di Bandar besar seperti Kota Bharu, mereka kurang fasih dalam bercakap bahasa Kelate. Mereka faham bahasa Kelate, namun tidak pandai bercakap.
Upacara Perkahwinan Cina Kelantan
- Dari segi upacara perkahwinan orang cina Kelantan, ia adalah lebih kurang sama dengan orang cina luar Kelantan dimana akan melakukan pertunangan dan majlis perkahwinan samaada di rumah, dewan, atau restaurant.
Upacara Pengebumian
- Bagi orang cina kelantan, proses pengebumian tetap sama dengan orang cina luar kelantan, cuma yang berbezanya adalah sami yang dijemput. Bagi orang cina kelantan, mereka lebih percaya kepada sami siam, dimana mereka tidak mengupah sami cina untuk menolong si mati 'ChaoDu' dan mengupah sami siam. Sami siam ini akan membaca kitab-kitab dalam bahasa siam ketika menolong si mati 'ChaoDu'.