Cina di Kelantan bercakap dialek Thai - Melayu yang agak sempurna. Namun, bukan semua Cina di Kelantan bercakap dialek Thai-Melayu, berdasarkan apa yang dapat diperhatikan, orang cina yang biasa duduk di kawasan kampung sangat fasih dalam bahasa ini. Hal ini demikian kerana orang cina kampung biasanya akan bergaul lebih dengan orang melayu. Kadang-kala satu kampung tersebut terdiri daripada campuran orang melayu dan juga orang cina. Bagi orang cina yang duduk di Bandar besar seperti Kota Bharu, mereka juga bercakap dalam bahasa ini, namun biasanya adalah kurang fasih berbanding dengan cina kampung. Ini disebabkan orang cina di Bandar besar dari kecil berpendidikan atau bersekolah sekolah cina, demikian menyebabkan mereka kurang bergaul dengan orang Melayu di persekitaran mereka.
Selain itu, orang cina kelantan juga mempunyai dialek hokkien yang tersendiri. terdapat orang yang mengatakan bahawa hokkien orang kelantanadalah hasil campuran bahasa thai dan bahasa kelate dimana berbeza sangat dengan bahasa hokkien yag berasal dari penang, atau negeri yang luar. Bahasa hokkien orang kelantan ini lebih kepada bahasa kelate dan dielek-dielek tersendiri menyebabkan orang luar susah memahami apa yang dikatakan oleh hokkien orang cina kelantan ini.