Orang Cina di Kelantan telah diasimilasikan dari segi nama-nama yang digunakan seperti Gan Awang, Tan Awang Besar, Lau Cheng San atau Che Hassan, Che Midah, Mek Su dan nama-nama lain. Orang Cina Kelantan atau lebih digelar sebagai Cina Peranakan Kelantan diberi banyak gelaran. Orang Melayu telah memanggil mereka Cina kampung, Cina Kelantan atau Orang Cina kita. Bagi Cina di bandar, mereka dipanggil Cina benua atau Cina Bandar manakala masyarakat Thai di Kelantan menggelar mereka sebagai Cina Darat, Cina Kampung atau Cina Kelantan. Gaya hidup orang Cina Kelantan banyak dipengaruhi oleh gaya hidup Melayu terutama orang cina yang berasal dari kawasan kampung atau tinggal di kawasan kampung. Kadang-kala adalah susah untuk membezakan mereka samaada dari segi muka atau bahasa kerana gaya hidup mereka boleh dikatakan lebuh kurang sama dengan orang melayu. Contohnya dari segi berpakaian dan juga makanan.
- Pakaian
- Adat Makan